Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat -

Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

AHLI Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menyatakan, keputusan itu diambil supaya
kerajaan dan pembangkang mempunyai lebih banyak ruang untuk menyusun semula Dewan Rakyat agar ia dapat benar-benar berfungsi sebagai forum persaingan dan kolaborasi profesional antara parti-parti mengenai dasar dan tadbir urus.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, beliau akan menyokong sebarang pembaharuan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan dan pembangkang atas dasar kebijaksanaan bersama.

“Ia merupakan suatu penghormatan untuk berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertua, satu jawatan yang sangat saya hormati sepanjang 13 bulan lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan dan kritikan yang tidak ternilai dalam usaha saya untuk berkhidmat dengan setia kepada Parlimen dan negara,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau turut menjelaskan bahawa peletakan jawatan itu tidak mempunyai kaitan dengan spekulasi pelantikannya sebagai menteri Kabinet.

Sebaliknya, kata Azalina, keputusan itu dibuat atas sebab kapasti moral peribadi dan tanggungjawab rasmi sebagai Timbalan Yang Dipertua serta keberkesanan memegang jawatan dalam menyokong integriti awam.

“Pada masa akan datang, saya berharap Yang Dipetua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat direhatkan daripada sebarang jawatan dalam parti politik bagi menjamin keadilan dari segi politik, yang merupakan ciri utama jawatan tersebut, supaya mereka dapat berfungsi tanpa pilih kasih,” jelasnya.