Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sultan Johor, keluarga Diraja terus bantu rakyat -

Sultan Johor, keluarga Diraja terus bantu rakyat

SEBULAN selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak Mac 2020, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berterusan membantu rakyat negeri itu yang terjejas akibat pandemik Covid-19, sehingga ke hari ini.

Bantuan disalurkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) yang disokong Keluarga Diraja Johor bagi membantu rakyat yang terkesan, hilang pekerjaan serta terputus pendapatan.

Menurut perkongsian Sultan Ibrahim di Facebook rasminya, baginda juga mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM5 juta bagi membeli peralatan keperluan hospital di Johor, bagi menangani pandemik Covid-19.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, juga turut membantu dengan menyampaikan bantuan mingguan kepada rakyat termasuk petugas-petugas barisan hadapan.

Usaha membantu golongan memerlukan termasuk bantuan keperluan makanan itu dilakukan Baginda bersama Keluarga Diraja Johor, sejak April tahun lalu, tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, serta menyeluruh ke setiap daerah. – SB