Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sidang DUN Kelantan ucap tahniah kepada Ismail Sabri, SOP DUN diperketat -

Sidang DUN Kelantan ucap tahniah kepada Ismail Sabri, SOP DUN diperketat

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PERSIDANGAN Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kali ke-14 merakam ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau menerajui negara bermula 21 Ogos lalu.

Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub menyampaikan ucapan tahniah tersebut selepas bacaan doa pembukaan persidangan tersebut di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bahru, hari ini.

“Besar harapan rakyat untuk melihat negara dipacu ke arah yang lebih baik bagi mendepani cabaran semasa politik dan ekonomi selepas ini,” katanya.

Persidangan DUN Kelantan kali ini diadakan secara bersemuka dengan kehadiran 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Abdullah berkata, semua yang hadir perlu mengisi kedatangan dan membuat imbasan, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial seperti ditetapkan.

“Ucapan terima kasih juga buat warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada kami (ADUN dan petugas DUN) semalam,” katanya.

Persidangan DUN turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Melor, Dr Md Yusnan Yusof yang meninggal dunia pada April lalu, selain kepada keluarga ADUN Kemuning, Mohd. Roseli Ismail yang kehilangan seorang ahli keluarga pagi ini. – SB