Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
TMJ jumpa guru tolak vaksin -

TMJ jumpa guru tolak vaksin

PRIHATIN dengan isu 779 guru dilaporkan menolak untuk menerima vaksin, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim bertitah akan bertemu guru-guru terbabit bagi mengatasi isu berkenaan.

Menerusi ciapan di akaun Twitter baginda hari ini, Tunku Ismail bertitah akan mengadakan pertemuan tersebut dalam masa yang terdekat.

“Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tangkap layar ciapan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, hari ini.

“Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara yang berhemah,” titah baginda dalam ciapan tersebut.

Terdahulu, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang pada Ahad memaklumkan kira-kira 779 guru di negeri Johor menolak untuk menerima vaksin COVID-19, ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14.

Mazlan dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksin.


Comments

Leave a Reply