Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sindiket seludup migran tumpas -

Sindiket seludup migran tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran dalam operasi khas ‘Ops Seludup’ di kawasan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi itu dijalankan pada 20 Ogos lalu oleh sepasukan pegawai imigresen dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya, sindiket berkenaan mengenakan caj antara RM800 hingga RM1,500 seorang kepada migran yang diseludup masuk ke Malaysia.

 ‘’Dalam operasi ini, dua orang dalang (tekong) ditahan melibatkan seorang bekas penjawat awam lelaki berumur 33 tahun dan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 35 tahun.

“Seramai 18 orang migran warganegara Indonesia yang diseludup masuk turut ditahan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, ketika operasi dijalankan, migran berkenaan sedang diangkut dengan menggunakan tiga buah kenderaan yang masing-masing dipandu oleh kedua-dua orang tekong tersebut dan seorang lagi pemandu yang berjaya melarikan diri.

 ‘’Pasukan Operasi mendapat maklumat bahawa sekumpulan migran yang diseludup dijangka mendarat di Pantai Tanjung Lompat, Johor antara pukul 3 hingga pukul 5 pagi. Pasukan Operasi telah digerakkan dan berjaya memintas kenderaan-kenderaan yang membawa migran-migran tersebut,’’ ujarnya.

Menurutnya lagi, selain tangkapan tekong dan migran, ketiga-tiga kenderaan yang digunakan juga telah disita dengan nilai anggaran berjumlah RM130,000 dan kesemua  migran yang ditangkap ini akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa suatu Pas yang sah.

‘’Manakala kedua-dua tekong tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 bagi kesalahan menyeludup migran.

“Kesemua mereka sedang ditahan reman dan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya,” katanya.