Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penyelia dan 9 perkerja ditahan kerana bekerja dalam tempoh kuarantin -

Penyelia dan 9 perkerja ditahan kerana bekerja dalam tempoh kuarantin

SEORANG penyelia bersama sembilan pekerja di sebuah premis pembekal dan pembungkusan ditahan ketika sedang bekerja selepas didapati memakai gelang kuarantin merah jambu pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, tangkapan dibuat selepas sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ops Patuh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kampar melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Jalan Teknologi 3, Kawasan Perindustrian Gopeng 2, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kesemua mereka mendapati penyelia kedai berusia 32 merupakan warga tempatan bersama sembilan pekerja warga asing berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu masih dalam tempoh kuarantin bermula 18 hingga 27 Ogos.

Hasron Nazri turut berkata, hasil siasatan juga mendapati penyelia premis berkenaan mengarahkan sembilan pekerja warga asing terbabit yang tinggal di aras dua supaya datang bekerja di tingkat bawah premis pada jam 8 pagi semalam.

Tambah beliau, perintah kuarantin juga sudah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dan dipakaikan gelang kuarantin pada pada Jumaat lalu.

“Oleh itu, tangkapan dibuat terhadap penyelia premis bersama sembilan pekerja berkenaan kerana melakukan pelanggaran SOP PKP Pelan Pemulihan Negara (Fasa 2),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin menularkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.