BARISAN kepimpinan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPKK) menzahirkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
MPKK turut menghargai Muhyiddin atas segala bakti yang diberikan kepada seluruh rakyat di Malaysia.
“Pastinya, disepanjang perkhidmatan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meninggalkan pelbagai jasa dan bakti kepada seluruh rakyat di negara kita secara ammnya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menerusi kenyataan itu, MPKK berkata, sebelum ini barisan mereka sempat bertemu dengan Muhyiddin untuk membentang 11 Agenda MPKK 2020 yang merangkumi kebajikan mahasiswa khususnya.
“YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyambut baik segala usaha dan agenda yang telah di bawa oleh barisan kepimpinan MPPK dan akan diketengahkan kepada kementerian atau pihak bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Hasil usaha ini pastinya akan membawa sinar harapan kepada 1.3 juta mahasiswa di negara ini.
“Sekali lagi kami di barisan MPPK merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Tan Sri atas segala bakti yang diberikan. Semoga YA B Tan Sri terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam setiap perkara yang diperjuangkan,” katanya.
Sekalung ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan buat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menggalas tanggungjawab dan amanah sepanjang memegang tapuk kepimpinan Negara Malaysia.
Barisan kepimpinan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang diketuai YAB Tan Sri terhadap rakyat terutamanya kebajikan rakyat mahasiswa.
Ketika pertemuan wakil MPPK bersama YAB Tan Sri, 11 Agenda MPPK 2020 telah dibentangkan dihadapan YAB Perdana Menteri yang merangkumi kebajikan mahasiswa khususnya.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyambut baik segala usaha dan agenda yang telah di bawa oleh barisan kepimpinan MPPK dan akan diketengahkan kepada kementerian atau pihak bertanggungjawab untuk tindakan lanjut. Hasil usaha ini pastinya akan membawa sinar harapan kepada 1.3 juta mahasiswa di negara ini.
Pastinya, disepanjang perkhidmatan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meninggalkan pelbagai jasa dan bakti kepada seluruh rakyat di negara kita secara ammnya.
Sekali lagi kami di barisan MPPK merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Tan Sri atas segala bakti yang diberikan. Semoga YA B Tan Sri terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam setiap perkara yang diperjuangkan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.