Setahun tunggu gaji, jurulatih Venezuela letak jawatan

0
459

SELEPAS setahun bekerja tanpa dibayar gaji, akhirnya jurulatih Venezuela dari Portugal, Jose Peseiro meletak jawatan kurang daripada dua minggu menjelang tiga pertemuan kelayakan Piala Dunia.

Ketika mengesahkan perkara itu, persekutuan bola sepak negara itu berkata: “Semalam kami menerima surat daripada pengarah teknikal mengenai penamatan kontraknya,” kata Jorge Gimenez, Presiden Persekutuan Bolasepak Venezuela di Caracas.

“Kami sudah berbincang dengannya pada sebelah malam dan menerangkan kepadanya bahawa kami berdepan masalah untuk memahami kedudukannya…. kerana kami akan melalui tiga perlawanan,” kata Gimenez.

Ia bagaimanapun tidak cukup untuk mengubah pendirian Peseiro yang mengesahkan peletakan jawatan pada pagi Jumaat (hari ini).

Pasukan kerdil Amerika Selatan itu akan berdepan Argentina, Peru dan Paraguay pada kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan antara 2 September sehingga 9 September ini.

Mereka berkedudukan kedua dari bawah kumpulan 10 pasukan kelayakan CONMEBOL, dengan empat pasukan teratas akan menempah tiket ke pusingan akhir 2022 di Qatar, manakala pasukan kelima akan berdepan perlawanan play-off antara benua.

Peseiro dilantik pada Februari 2020, sebelum pandemik coronavirus mula melanda.

Gimenez berkata pihaknya berhutang kepada Peseiro “tidak lebih dan tidak kurang setahun gaji” sambil menambah “dia dibayar dengan apa sahaja sepanjang tempoh berkhidmat.” – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here