Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] ‘Sedih lihat mereka, berat ujian’ - Ebit Lew ziarah, bantu mangsa banjir di Yan -

[VIDEO] ‘Sedih lihat mereka, berat ujian’ – Ebit Lew ziarah, bantu mangsa banjir di Yan

SELEPAS dilanda beberapa kontroversi, namun itu semua tidak menjadi penghalang untuk pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew untuk meneruskan misi ziarah dan bantuan kepada yang memerlukan.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, Ebit Lew memaklumkan hari ini beliau bersama pasukannya telah ke Yan, Kedah dengan membawa tilam dan barang makanan.

Menurut Ebit, beliau sebak melihat mangsa di pusat operasi menyelamat yang mempunyai kira-kira 300 orang mangsa.

“Tadi berjumpa Ketua Pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Rescue Bencana Malaysia, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang dari awal membantu.

“Masjid Jamek Yan dan Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam menjadi tempat tumpuan NGO membantu, sekolah habis semua komputer, alatan, meja, perabot, sehingga ada cakap semua pakaian habis sampai tiada pakaian dalam,” katanya.

Tambah beliau, ramai mangsa hanya sempat untuk menyelamatkan diri, namun tidak sempat untuk menyelamatkan barangan elektrik dan perabot.

“Sedih lihat mereka, berat ujian, petugas bertungkus-lumus mencari mangsa banjir, belum pernah terjadi sebesar ini kata mereka.

“Kami bersama team Masjid Jamek Yan dan Masjid Ahmadiah bawa sedikit bantuan dan sumbangan buat petugas disini, semoga menjadi asbab kebaikan,” ujarnya.