Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Laporan polis dibuat terhadap Ambiga -

Laporan polis dibuat terhadap Ambiga

SATU laporan polis telah dibuat terhadap peguam, Ambiga Sreenevasan kerana didakwa telah menimbulkan syak dan menyoal integriti proses pelantikan Perdana Menteri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang jelas termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam laporan polis yang dibuat, Gerakan Peguam Islam Se-Malaysia (GPIS) telah mendakwa ambiga melakukan kesalahan tersebut dalam satu ciapan Twitternya pada 19 Ogos 2021.

Menurut GPIS dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ambiga dalam ciapannya yang turut dilaporkan oleh media, mendakwa sokongan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional bagi PM baru yang telah disampaikan kepada YDPA adalah tidak sah.

Ini menurut GPIS adalah percubaan menganggu proses perlantikan yang sedang dijalankan dan adalah amat biadap dan secara langsung ini adalah juga satu tindakan menggugat demokrasi berparlimen.

“Laporan-laporam polis akan dibuat terhadap anasir ini demi keselamatan negara dan ummah di seluruh negara,” kata pertubuhan tersebut.

Pertubuhan itu turut mendakwa, Ambiga telah melakukan kesalahan yang amat serius di bawah Akta Hasutan, Sek 124 Kanun Keseksaan serta Sosma, sek 505 KK serta undang2 lain. – SB