PERLUMBAAN Grand Prix (GP) Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Oktober ini dibatalkan susulan sekatan perjalanan akibat Covid-19, kata penganjur.
“Penularan Covid-19 dan sekatan perjalanan yang dilaksanakan Malaysia menjadi faktor pembatalan acara itu,” kata kenyataan bersama badan pengendali sukan ini, FIM dan promoter perlumbaan, Dorna.
Ini tahun kedua berturut-turut perlumbaan yang dijadualkan berlangsung di Sepang pada 24 Oktober itu terpaksa dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
Pusingan kejuaraan dunia di Malaysia menerima nasib sama seperti perlumbaan musim ini di Thailand, Jepun dan Australia.
Misano, Itali akan mengambil alih tempat Litar Antarabangsa Sepang yang bakal menjadi perlumbaan MotoGP kedua dalam bulan berkenaan dengan litar yang dinamakan sempena mendiang Marco Simoncelli itu akan menganjurkan GP San Marino pada 19 September.
“Nama pertandingan ini akan diumumkan kemudian,” kata penganjur.
Ketika ini, pelumba Perancis, Fabio Quartararo (Yamaha) mendahului kedudukan kejuaraan dengan 47 mata di depan Francesco Bagnaia (ITA / Ducati) menjelang GP Britain pada 29 Ogos iaitu pusingan ke-12 musim ini. -SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.