Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
200,000 dos tunggal vaksin CanSino tiba di Malaysia -

200,000 dos tunggal vaksin CanSino tiba di Malaysia

MALAYSIA akan memulakan pemberian vaksin satu dos apabila menerima sejumlah 200,000 dos vaksin CanSino daripada pembekal CanSino Biologics, China, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kiriman ringkas melalui media sosial, berkata vaksin itu datang dalam bentuk produk siap (finished product).

ketibaan vaksin berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.50 pagi dengan penerbangan MAS Kargo menggunakan pesawat MH361 dengan dari Beijing, China disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd. Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Dr. Mohd. Nor Azman Hassan.

“(Sebanyak) 3.5 juta dos vaksin CanSino sudah ditempah dengan penghantaran berperingkat. Ini juga adalah vaksin COVID-19 satu dos yang pertama di Malaysia,” katanya.

Setakat ini, profil vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan Februari lalu membabitkan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech (Cominarty), Sinovac (CoronaVac) dan AstraZeneca manakala satu lagi vaksin iaitu Johnson & Johnson juga sudah mendapat kelulusan bersyarat.

Sementera itu, MOSTI dalam satu kenyataan berkata, Solution Biologics adalah Pemegang Pendaftaran Produk bagi CanSino di Malaysia dan vaksin itu mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di negara ini oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun lalu.

Dengan ketibaan vaksin berkenaan, ia bakal memudahkan pemberian vaksin terutama di kawasan yang rendah akses dan seterusnya membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut garis masa yang ditetapkan. – SB