Sesi menghadap Agong hanya seminit, seorang demi seorang

0
605

SEORANG Ahli Parlimen memaklumkan mereka diberi masa kira-kira seminit untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, dalam sesi itu semua Ahli Parlimen diminta memaklumkan calon Perdana Menteri baharu yang diberi sokongan bagi mengesahkan surat perakuan yang dihantar semalam.

“Ambil masa kira-kira seminit sahaja. Kami diminta memperkenalkan diri, mewakili Parlimen mana dan siapa calon sokongan.

“Sesi dijalankan secara seorang demi seorang bersama Yang di-Pertuan Agong,” katanya laporan itu yang memetik Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif.

Salim juga mengesahkan pada sesi itu, Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Sultan Perak tidak bersama.

Hari ini, seramai 114 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), GPS, PAS dan Bebas dijadualkan menghadap Seri Paduka secara berperingkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here