Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Calon PM: Harapan kian malap, dalaman PH mula tunding jari -

[VIDEO] Calon PM: Harapan kian malap, dalaman PH mula tunding jari

KETIKA harapan bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri semakin malap, kem penyokong Pakatan Harapan (PH) pula giat membincangkan soal hala tuju dan kesilapan yang terus dilakukan pakatan tersebut.

Kemarahan kem penyokong PH khususnya di media sosial semakin membuak sehingga mencadangkan perkara pelik termasuk memikirkan kewajaran meletakkan Anwar sebagai calon perdana menteri mereka.

Asas kemarahan utama mereka sudah tentu kegopohan kepimpinan tertinggi dalam menangani tawaran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kerjasama rentas parti.

Sumber dalam PKR memberitahu kemarahan itu menyebabkan wujud perbincangan dalaman antara mereka yang rapat dengan pemimpin PH tentang kemungkinan menghentikan kerjasama lama yang disifatkan malang bersama Anwar.

Menurut sumber itu lagi, situasi tidak cukup sokongan sudah dijangkakan dan perkara itu bukan berpunca daripada dasar atau parti, tetapi pemilihan calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Kata sumber berkenaan, pemilihan Anwar sebagai calon perdana menteri pembangkang telah bermula sejak 1998, ada yang sudah muak.

Kerana ini kini dapat dilihat reaksi penyokong sudah menukar nada mereka daripada penuh harapan, kepada sinikal dan sekarang kedengaran menghina.

Di Twitter dan Facebook menunjukkan penyokong PH mengkritik keputusan pemimpin kanan gabungan itu kerana menolak tawaran Muhyiddin untuk melaksanakan pembaharuan, yang sebenarnya telah lama diperjuangkan pembangkang.

“PH sudah terlepas peluangnya untuk jadi kingmaker,” kata seorang pengguna Twitter.

“PH kehilangan peluang untuk melaksanakan pembaharuan yang diperlukan dan kleptokrat akan kembali dalam bentuk proksi. kini ruang pembaharuan lenyap.” kata seorang pemimpin pembangkang.