Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengusaha spa, urut kaki dapat bantuan RM1,000 -

Pengusaha spa, urut kaki dapat bantuan RM1,000

LEBIH 400 pengusaha spa dan Pusat Urutan Kaki (PUK) disasarkan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 secara one-off menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menurut kenyataan MOTAC hari ini, kesemua mereka adalah pengusaha spa dan PUK yang bernaung di bawah persatuan yang diiktiraf MOTAC iaitu Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) serta Persatuan Kesihatan dan Spa Malaysia (MAWSPA).

“MOTAC menyeru semua pengusaha spa dan PUK yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini bagi meringankan beban yang dihadapi akibat pandemik C0VID-19,” menurut kenyataan itu.

Katanya, mulai esok sebelum permohonan ditutup pada 6 September, pengusaha yang layak boleh memohon secara dalam talian di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa

Sehingga kini, terdapat kira-kira sebanyak 400 pengusaha spa bernaung di bawah AMSPA dan 269 pengusaha PUK di bawah MAWSPA.