Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pendakwah terkenal dipanggil bantu siasatan gangguan seksual? -

Pendakwah terkenal dipanggil bantu siasatan gangguan seksual?

SEORANG pendakwah terkenal dipercayai akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan melibatkan kes gangguan seksual.

Menurut laporan UtusanTV yang memetik sumber, pendakwah terkenal itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil keterangan.

Difahamkan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil untuk merakam percakapan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada akan hadir atau tidak.

“Polis telah memanggil pendakwah itu tetapi tidak pasti sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya.