Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Isteri cuba periksa telefon suami cedera dibelasah -

Isteri cuba periksa telefon suami cedera dibelasah

SEORANG wanita cedera dibelasah suami selepas cuba memeriksa telefon bimbit suaminya di rumah mereka di Taman Kosas, Ampang, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Berita Harian, wanita berusia 19 tahun itu cedera pada lengan kiri dan kanan serta lutut kiri akibat terjatuh dalam pergelutan dengan suaminya pada jam 4 pagi Jumaat lalu, ketika lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penghantar barang baru pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata, semasa sedang berbincang urusan perbelanjaan rumah, mangsa cuba mengambil telefon bimbit suaminya namun tidak diizinkan sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan.

“Mangsa cuba mengambil telefon bimbit untuk memeriksa namun suaminya menghalang sebelum berlaku pergelutan dan menyebabkan mangsa lebam pada lengan kiri dan kanan serta lutut kiri akibat terjatuh.

“Pergelutan pasangan suami isteri yang berkahwin pada Oktober tahun lalu itu akhirnya dileraikan oleh ibu mangsa yang tinggal berhadapan rumah pengadu,” katanya.

Mohamad Farouk berkata susulan laporan polis oleh mangsa, suaminya ditahan pada jam 9.30 malam tadi dan direman selama empat hari bermula hari ini.

“Polis ingin menegaskan bahawa mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga, sebarang kesalahan berkaitan keganasan rumah tangga adalah satu kesalahan yang boleh ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan,” katanya.