BERSATU nafi keluar kenyataan calonkan ahli PN perdana menteri baharu

SETIAUSAHA Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dato’ Seri Hamzah Zainudin menafikan mengeluarkan kenyataan media seperti yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk “Calon PM diketengahkan Bersatu dalam kalangan komponen PN”.

Setiausaha Akbarnya, Zulkifli Bujang berkata pejabat Setiausaha Agung BERSATU mengarahkan mana-mana media yang menyiarkan kenyataan tersebut untuk segera menariknya semula bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Sebelum ini BERSATU Johor menyatakan sokongan mereka terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini walaupun Perdana Menteri sudah meletakkan jawatan.