22,242 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

JUMLAH kes baharu covid 19 mencatatkan rekod baru hari ini itu sebanyak 22,242 kes.

Semalam, Malaysia merekodkan 19,631 kes baharu wabak itu.

Menurut, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tertinggi sejak penyakit tersebut melanda negara pada 2020.

Beliau melalui perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,466,512. 

Beliau turut memaklumkan, Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 6,858 diikuti Sabah (2,413), Pulau Pinang (1,867).

Berikut adalah jumlah kes baharu bagi setiap negeri.

Selangor – 6,858
Sabah – 2,413
Pulau Pinang – 1,867
Kedah – 1,852
Kuala Lumpur – 1,587
Johor – 1,477
Sarawak – 1,403
Kelantan – 1,351
Perak – 1,036
Pahang – 675
Melaka – 579)
Negeri Sembilan – 577
Terengganu – 487)
Perlis – 50
Putrajaya – 25
Labuan – 5

  • SB