JUMLAH kes baharu Covid-19 di pada hari ini berada pada tahap 19,631 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan Twitter berkata, bagaimanapun berkata, jumlah itu berkurangan sebanyak 109 kes jika dibandingkan dengan 19,740 kes yang dicatatkan semalam.
“Angka dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di seluruh negara kini 1,444,270 kes,” katanya.
Selangor, menurut beliau, kekal menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kes paling tinggi manakala tiada kes baharu dilaporkan di Labuan.
Berikuta adalah jumlah kes yang dicatatkan bagi semua negeri di Malaysia +
Selangor – 5,753
Sabah – 2,103
Kedah – 1,863
Kuala Lumpur -1,765
Johor – 1,309
Pulau Pinang – 1,275
Kelantan – 1,268
Perak – 1,101
Sarawak – 835
Pahang – 670
Melaka – 623
Terengganu – 498
Negeri Sembilan – 490
Putrajaya – 4
Perlis – 37
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.