Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Urus negara dalam situasi sukar satu penghargaan: Ismail Sabri -

Urus negara dalam situasi sukar satu penghargaan: Ismail Sabri

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tanggungjawab besar yang diberikan kepadanya dalam mengurus negara ketika situasi sukar ini sebagai satu penghargaan.

Dalam hantaran di laman sosial Facebook, Ahli Parlimen Bera, Pahang itu mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan memohon maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang perkhidmatan beliau.

Beliau yang juga bekas Menteri Pertahanan pada masa sama berharap perjuangan melawan pandemik COVID-19 terus menjadi keutamaan semua ketika ini.

“Sama-sama kita doakan Malaysia terus makmur, aman dan sentosa,” katanya menerusi hantaran terbaharu hari ini.

Hantaran itu dikeluarkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas 17 bulan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, Muhyiddin turut mengumumkan peletakan jawatan 29 Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN), termasuk Ismail Sabri yang merupakan menteri kanan sebelum ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan pada 10 Mac 2020, sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai 2021. – BERNAMA