Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penampilan luar biasa Grealish gagal bantu City -

Penampilan luar biasa Grealish gagal bantu City

Pep Guardiola menggambarkan penampilan sulung Jack Grealish di Manchester City sebagai ‘luar biasa’ tetapi masih tidak dapat menghalang kekalahan Manchester City apabila Son Heung-Min membuat jaringan mantap pada minit ke-55.

Menerusi perlawanan yang berlangsung di antara Manchester City dan Tottenham Hotspur, Machester City tewas 1-0 dengan Tottenham Hotspur.

Dalam perlawanan di Stadium Olimpik London itu, pasukan tuan rumah kali ini beraksi tanpa Harry Kane.

Manakala pasukan lawan Spurs yang dibarisi oleh pemain serangan yang mantap iaitu Son Hueong-Min dan Lucas Moura yang menimbulkan masalah kepada pasukan pertahan dari Man City menerusi serangan balas dengan kedua-dua pasukan gagal menemui gawang pada separuh masa pertama.

City yang mempertahankan gelaran Liga Perdana mereka menjadi permulaan yang buruk, kerana gol dari Son Heung-min yang menjamin tiga mata untuk Tottenham.

Dalam pada itu, Grealish yang membuat debut beliau di Stadium Tottenham Hotspur pada hari Ahad lalu telah menunjukkan kualiti yang tinggi namun percubaan Grealish masih dapat ditepis oleh penjaga gawang Spurs, Hugo Lloris.

Walau bagaimanapun, Guardiola tetap gembira dengan bekas penyerang Aston Villa itu dan turut menyatakan bahawa Grealish adalah pemain yang sangat berbahaya tetapi beliau merupakan pemain yang sangat hebat.