Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Menteri Agama selesaikan tanggungjawab akhir Rabu ini -

Menteri Agama selesaikan tanggungjawab akhir Rabu ini

SEBAGAI melaksanakan tanggungjawabnya yang terakhir, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menyatakan bahawa beliau bakal membentangkan semua inisiatif Musaadah sepanjang 2020-2021

Menurut beliau, amanah terakhirnya sebagai seorang menteri itu perlu dilaksanakan kerana rakyat perlu tahu ke mana setiap sen zakat, infaq, waqaf yang mereka salurkan melalui agensi-agensi di bawah tanggungjawab beliau.

“RM591.9 juta telah diagihkan bermula Mac 2020 hingga hari ini melalui inisiatif #Musaadah sejak bermulanya pandemik COVID-19 oleh agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya.” Katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dr. Zulkifli dalam masa sama turut menyeru agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab beliau untuk meneruskan perjuangan inisiatif Musaadah walaupun beliau sudah meletakkan jawatan.

Beliau dalam hantaran Facebook rasminya itu turut menyatakan, tiga kitab terjemahan iaitu Sahih al-Bukhari, Tafsir al-Qur’an al-Bayan dan Terjemahan al-Quran versi al-Bayan yang telah pihaknya usahakan adalah hadiah buat seluruh umat Islam di Malaysia.

“InsyaAllah, tiga kitab merupakan sejarah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini sedang dalam urusan percetakan. Saya akan maklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa,“ katanya.

Beliau dalam masa sama mengucapkan terima kasih serta memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan beliau sepanjang 17 bulan 6 hari memikul tanggungjawab sebagai Menteri Agama.

“Alhamdulillah, 503 hari yang penuh bererti. Amanah yang saya terima dengan lantikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Senator dan Menteri adalah tanggungjawab dan penghormatan yang dilaksanakan sedaya upaya saya,” kata beliau. – SB