Azizulhasni diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sekali lagi

0
435

JAGUH trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meletakkan dirinya di dalam kelas yang tersendiri apabila namanya sekali lagi disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBR), hari ini.

Pengiktirafan itu susulan kejayaannya meraih ingat perak pertama dalam acara keirin berbasikal trek di temasya Sukan Olimpik 2020 yang berlangsung di Velodrom Izu, Tokyo minggu lalu.

“Terima kasih kepada MBR kerana menghargai pencapaian saya di Olimpik,” kata Azizulhasni dalam satu sesi penyerahan secara maya bersama Ketua Pegawai Operasi (COO) MBR, Christopher Wong.

“Saya harap ia dapat dijadikan inspirasi buat atlet di Malaysia dan masyarakat di luar sana.

Tambahnya, pengiktirafan ini bermakna dirinya perlu bekerja lebih keras untuk meraih kejayaan sekali lagi di pentas OIimpik edisi Paris 2024.

Pengiktirafan tersebut bukanlah kali pertama buat anak kelahiran Dungun, Terengganu ini kerana beliau pernah diiktiraf sebagai atlet pertama yang membawa pulang pingat gangsa dalam sukan berbasikal ketika Olimpik Rio 2016 lalu.

Dalam pada itu, Azizulhasni atau dikenali dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ turut diiktiraf sebagai atlet pertama memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Dunia dalam acara keirin pada 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here