Pembangkang tolak RUU Anti Lompat Parti kerana rugikan mereka

PARTI-parti politik pembangkang dari Sabah menolak cadangan Perdana Menteri khususnya RUU Anti-Lompat Parti kerana mereka tidak dapat menyokong sesuatu yang merugikan mereka atau menghalang mereka untuk berkuasa dengan apa cara sekalipun.

Menurut Ketua Penerangan PBS, Datuk Julita Majungki, RUU ini adalah antara perkara terpenting yang harus disambut baik dan disokong sepenuhnya oleh semua Ahli Parlimen.

Jelas Julita, ini kerana impak undang-undang berkenaan bersifat kekal kepada kestabilan negara dan melindungi suara serta kehendak rakyat yang mengundi wakil rakyat mereka.

Beliau menambah, RUU Anti-Lompat Parto merupakan perkara yang telah lama dibawa dan dicadangkan oleh PBS.

“Cadangan dan tindakan ini amat baik dan bertepatan sekali.

“Saya tidak hairan melihat reaksi parti-parti politik pembangkang dari Sabah yang menolak cadangan Perdana Menteri khususnya RUU Anti-Lompat ini kerana mereka tidak dapat menyokong sesuatu yang merugikan mereka atau menghalang mereka untuk berkuasa dengan apa cara sekalipun,” katanya dalam satu dikeluarkan pada hari ini.

Julita juga mengumumkan, PBS turut menyokong penuh cadangan dan langkah-langkah reformasi dalam pentadbiran yang akan dibuat sekiranya mendapat sokongan rentas parti undi dua pertiga di dewan rakyat dan dewan negara.

,Katanya, beliau juga secara peribadi menyokong tindakan dan cadangan ini atas keyakinan bahawa ianya boleh membawa kestabilan politik di peringkat negeri dan persekutuan. – SB