Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KPDNHEP, KKM kaji harga, kos kit ujian Covid-19 -

KPDNHEP, KKM kaji harga, kos kit ujian Covid-19

KEMENTERIAN Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji harga dan kos kit ujian kendiri COVID-19 untuk menentukan harga patut runcitnya.

Menurut, Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hasil kajian akan menentukan harga runcit alat ujian kendiri COVID-19 pada harga yang bersesuaian dan tidak membebankan pengguna.

ALEXANDER NANTA LINGGI

“KPDNHEP sedang menjalankan libat urus dan kajian kos dan harga serta bekalan alat ujian kendiri COVID-19 terhadap syarikat-syarikat yang telah dilesenkan meliputi setiap rantaian pengedaran, pembekalan hingga peringkat runcit seperti farmasi dan klinik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kit ujian kendiri COVID-19 adalah keperluan penting kepada pengguna untuk mengurus dan menjaga keselamatan kesihatan secara kendiri dalam situasi semasa negara berhadapan dengan cabaran wabak COVID-19.

Pada masa sama, Nanta berkata KPDNHEP juga menyarankan agar pengguna lebih berhati-hati dengan pembelian kit ujian kendiri di pasaran dengan membuat rujukan di laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan di pautan https://portal.mda.gov.my/ . – SB