Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Vaksinasi untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun - Khairy -

Vaksinasi untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun – Khairy

PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Menurut Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin, proses vaksinasi akan akan dijalankan mengikut keutamaan mengikut keutamaan Moola dengan remaja yang mempunyai masalah penyakit kronik diikuti oleh mereka yang tiada masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur.

CIAPAN Twitter Khairy mengenai proses vaksinasi untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun hari ini. – SB

Khairy menjelaskan, kaedah ini dilaksanakan mengikut saranan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

“Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh JKJAV tentang bagaimana vaksinasi COVID-19 untuk remaja akan dilaksanakan selari dengan pekeliling DGHisham dan garis panduan klinikal terkini,” kata Khairy menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau. – SB