Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Suatu pengumuman bersejarah - Shahrizat -

Suatu pengumuman bersejarah – Shahrizat

SATU pengumuman bersejarah dan berharap diberikan keutamaan oleh Ahli Parlimen, kata bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, cadangan persefahaman rentas parti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pembaharuan yang amat diperlukan.

“Sudah tiba masanya kita kemukakan di Parlimen bahawa terma Perdana Menteri Malaysia dihadkan selama dua penggal, bahawa anak muda kita seharusnya mendapat hak asasi mereka untuk mengundi, dan peruntukan tahunan yang sama rata akan diberikan kepada setiap Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik demi kesejahteraan rakyat.

“Suatu pembaharuan yang amat diperlukan. Saya doa cadangan pembaharuan yang disebutkan akan menjadi kenyataan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut berharap Ahli Parlimen akan memberi keutamaan kepada rakyat apabila membuat keputusan kelak.