Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
NGO mohon Najib diberi pengampunan diraja, dilantik Perdana Menteri interim -

NGO mohon Najib diberi pengampunan diraja, dilantik Perdana Menteri interim

PERSATUAN Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) menyerahkan memorandum kepada Istana Negara, hari ini, bagi mencadangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan diraja seterusnya dilantik Perdana Menteri interim.

Presidennya, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz, berkata Najib sudah terbukti mampu untuk mentadbir negara dengan baik.

“Saya mencadangkan YDPA dapat memberikan pengampunan Diraja kepada Najib daripada apa jua tindakan mahkamah baik yang sedang berlangsung atau yang telah dijatuhi hukuman bersalah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, ketokohan Najib sudah terbukti ketika negara berada bawah pemerintahannya dulu.

“Pada pandangan saya, Najib semasa memegang jawatan sebagai perdana menteri keenam tempoh hari adalah amat baik serta memberangsangkan.

“Dengan keupayaan dan kecekapannya mengurus ekonomi negara disamping membawa nama baik Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya.

Najib dilantik sebagai perdana menteri pada 3 April 2009 menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga 9 Mei 2018, apabila Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada 28 Julai tahun lalu, Najib didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.