Kandahar kini ditawan Taliban

PASUKAN pemberontak Taliban dilaporkan berjaya menawan bandar terbesar Afghanistan, Kandahar menjadikan jumlah keseluruhan bandar yang dikuasai militan berkenaan meningkat kepada 12 buah bandar.

Sumber-sumber dari negara berkenaan melaporkan, puak berkenaan telah menawan Kandahar dalam satu serangan yang dilancarkan pada Khamis.

Menurut laporan Agensi Andalou, penguasaan ke atas Kandahar menjadikan bandar berkenaan bandar ke-12 yang berjaya ditawan sebahagian atau sepenuhnya oleh Taliban selepas Ghazni, Herat, Fayzabad, Aybak, Qala-e-Nau, Lashkargah, Zaranj, Sheberghan, Kunduz, Taluqan dan Sar-e-Pul.

Laporan tersebut juga menyebut, Taliban mendakwa telah menawan bandar strategik Ghazni yang terletak terletak kira-kira 150 kilometer dari Kabul.

Manakala bandar Fayzabad, berhampiran Tajikistan turut berjaya ditawan oleh Taliban pada Rabu.

Selepas menguasai hampir 200 daerah luar bandar bulan lalu ketika pengunduran pasukan NATO, Taliban melancarkan serangan ke bandar-bandar besar, menimbulkan panik dan kegelisahan dalam kalangan orang awam. – SB