KES baharu COVID-19 di negara ini menurun sedikit kepada 21,468 kes hari ini berbanding 21,668 dilaporkan semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,363,683 berbanding 1,342,215, semalam.
Jelas beliau dalam ciapan Twitter rasminya, Selangor kekal menjadi negeri merekodkan kes tertinggi berjumlah 7,449 kes diikuti Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807) , Sabah (1,654) dan Johor (1,485).
Sebanyak 1,316 kes pula direkodkan di Pulau Pinang, Kelantan (1,088), Negeri Sembilan (974), Perak (940), Melaka (723), Sarawak (715), Pahang (572), Terengganu (440), Putrajaya (66), Perlis (50) dan Labuan (enam). – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.