SATU memorandum rayuan untuk campur tangan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu bagi menghentikan pertelingkahan politik dalam negara telah diserahkan kepada tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Memorandum tersebut mengeluarkan kenyataan bersama yang ditandatangani oleh wakil-wakil daripada 175 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
Menurut Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd. Zai Mustafa campur tangan Raja-raja Melayu perlu untuk menghentikan pertelingkahan parti politik demi kepentingan rakyat.
Tambah beliau, sekiranya kerajaan pemerintah ketika ini terbubar, maka tiada pihak lain memperoleh majoriti membentuk kerajaan.
“Pihak kami menyambut titah nasihat Sultan Selangor, Sultan Johor dan Pemangku Raja Pahang yang menitahkan agar pemimpin berhenti daripada perebutan kuasa dan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan perpaduan ummah.
“Kerisauan dan kekecewaan yang dizahirkan oleh baginda raja-raja Melayu berkaitan dengan krisis politik yang tidak berkesudahan ini perlu ditangani oleh semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memornadum berkenaan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.