SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.
“Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah baginda menerusi perkongsian di Facebook rasmi baginda.
Terdahulu, pagi tadi Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, menghadiri persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 hari ini dirasmikan oleh Sultan Ibrahim.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.