SIKAP prihatan pengguna lebuh raya yang mengalihkan sebatang pokok tumbang di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), berhampiran laluan Gambang-Kuantan, Pahang mendapat perhatian ramai apabila video ini menjadi viral.
Rakaman video berdurasi 59 saat itu dikongsi Nina Yusoff di akaun Tik Tok miliknya dan ditonton lebih 400,000 kali. Video itu mula dikongsi di pelbagai platform media sosial lain termasuk Facebook dan dikongsi lebih 3,000 kali.
Majoriti yang menonton video itu memuji tindakan seorang lelaki yang berhenti di tepi lebuh raya untuk memotong dan mengalihkan pokok tumbang, sebelum dibantu beberapa pengguna lain.
Lelaki itu dilihat cuba mengawal lalu lintas dengan memberi isyarat kepada pengguna lain supaya memperlahankan kenderaan dan menggunakan lorong kedua kerana, sebahagian besar lorong pertama dihalang pokok tumbang.
Ketika sedang memotong dahan pokok, sebuah kenderaan pacuan empat roda berhenti dan mula membantu, termasuk menarik pokok ke tepi menggunakan tali yang diikat pada kenderaannya.
Sebuah kenderaan lain dilihat turut berhenti dan membantu kedua-dua lelaki berkenaan.
“Masih ramai insan mula di Malaysia,’ komen Nafi. Hany Saferi pula memberi komen ‘besar pahalanya mengalihkan sesuatu yang menghalang orang lain di atas jalan,’
Awang Salim Awang Dahlan turut memuji dengan berkata;” Insan muda yang patut dicontohi oleh semua generasi,’. Salwa Ali pula mendoakan supaya mereka yang berhati mulia itu sentiasa diberkati. “Syukur alhamdulillah..semoga awak sentiasa dalam rahmat Allah..amin,’ katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.