Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bubar Parlimen selesai kebuntuan politik -

Bubar Parlimen selesai kebuntuan politik

LANGKAH membubarkan Parlimen dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dilihat sebagai pilihan terbaik menyelesaikan kemelut politik negara, jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal memperoleh minimum 111 sokongan ahli Dewan Rakyat.

Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood menegaskan, pelantikan Perdana Menteri baharu atau Perdana Menteri interim adalah pilihan yang tidak sesuai.

Ini kerana, kedudukan Perdana Menteri baharu atau interim itu tetap goyah kerana tidak mempunyai sokongan majoriti dan boleh membawa kepada keadaan yang tidak menentu.

Menurut Nik Ahmad Kamal, pilihan raya dalam tempoh pandemik bukanlah perkara asing, kerana lebih 80 buah negara sudah mengadakan pilihan raya ketika berhadapan dengan wabak ini.

Di Amerika Syarikat, pilihan raya diadakan ketika pandemik Covid-19 sedang memuncak, dan kempen pilihan raya diadakan secara terbuka bahkan, pembuangan undi secara pos juga dibenarkan.