Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pesakit melecur tabung oksigen hospital terbakar -

Pesakit melecur tabung oksigen hospital terbakar

SEORANG pesakit lelaki melecur dalam insiden kebakaran tabung gas oksigen, di dalam sebuah bilik isolasi di Hospital Slim River di Tanjung Malim, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River digegaskan ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan pada pukul 7.42 malam.

Menurutnya, lelaki berusia 48 tahun itu melecur sebanyak sembilan peratus di bahagian tangannya.

“Setibanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River di lokasi kejadian mendapati, kebakaran dalam bilik isolasi berukuran 15×20 kaki persegi, dengan anggaran kemusnahan membabitkan kira-kira lima peratus.

“Bagaimanapun, kebakaran telah dipadamkan oleh kakitangan hospital itu dengan menggunakan alat pemadam api, sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jurucakap itu berkata pasukan bomba seterusnya membuat penilaian dan pemeriksaan menyeluruh, bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, dan operasi tamat sepenuhnya pada kira-kira 8.55 malam tadi.