Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemimpin PN hadir pertemuan bersama Muhyiddin -

Pemimpin PN hadir pertemuan bersama Muhyiddin

PEMIMPIN utama parti dalam Perikatan Nasional (PN) berada di Perdana Putra di sini hari ini dipercayai bagi menghadiri pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenderaan yang membawa pemimpin seperti Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilihat memasuki Perdana Putra pada jam 4.36 petang, manakala Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada jam 4.53 petang.

Kenderaan yang membawa Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pada jam 3.40 petang, disusuli Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada jam 3.47 petang.

Berdasarkan mesej yang tular, satu perjumpaan khas ketua-ketua parti dalam PN bersama Muhyiddin dijadualkan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri pada jam 5 petang.

Walaupun tiada butiran agenda mengenai pertemuan tersebut didedahkan namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan perkembangan situasi politik semasa negara.