Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Maqis rampas 100 kotak daun bawang dari China -

Maqis rampas 100 kotak daun bawang dari China

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan sebuah kontena yang membawa masuk sayuran segar dari negara China di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), semalam.

Menurut kenyataan Maqis Negeri Johor, rampasan dibuat hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan pada jam 3 petang.

Katanya, siasatan menemukan 100 kotak sayur daun bawang seberat 1 tan yang dianggar bernilai RM5,184.97, cuba dibawa masuk tanpa permit import.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, modus operandi yang digunakan adalah dengan meletakkan daun bawang bersama dengan pelbagai jenis sayur lain yang mempunyai permit import bagi mengelirukan pegawai pemeriksa.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini,” katanya.

Jika disabitkan, tambahnya, kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya,” tambahnya.

Pihak Maqis menasihati agar semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia.