Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Bangkit tentang kerosakan dilakukan Presiden UMNO -

[VIDEO] Bangkit tentang kerosakan dilakukan Presiden UMNO

PEMIMPIN-pemimpin UMNO diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden UMNO terkanan perlu mempertimbangkan langkah memperbetulkan semula, dan memperbaiki parti sebelum terlambat sehingga berpotensi menghancurkan masa depan parti berkenaan.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri mampu berperanan sebagai penyelamat dan menyatukan semula parti yang telah dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai agenda politik peribadi.

Malah kedudukan Ismail Sabri sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan mewakili UMNO dilihat mampu mengembalikan keyakinan ahli-ahli dan membina semula parti menerusi hala tuju baharu yang bersih daripada kes-kes mahkamah agar lebih dihormati oleh kawan dan lawan.

“Ismail Sabri bersama-sama pemimpin-pemimpin UMNO yang menongkah arus tidak perlu takut kerana bukan sahaja ahli-ahli parti, malah rakyat yang tidak menjadi ahli kepada UMNO akan menyokong mereka sebagai pemimpin berjasa besar kerana berani menjaga kestabilan politik dan kebajikan mereka ketika berhadapan kemelut wabak Covid-19,” ujarnya.

Malah beliau menambah, pada ketika ini, pemimpin-pemimpin UMNO tersebut perlu memperlihatkan sikap kepahlawanan sebenar Melayu untuk menentang kerosakan yang dilakukan oleh Presiden kepada parti sehingga sanggup memperjudikan kehidupan rakyat demi kepentingan politik dan peribadi.

Hendak tidak hendak, UMNO perlu patuh kepada ketetapan Jabatan Pendaftaran RoS jika tidak mahu berhadapan dengan kemungkinan diharamkan, ia wajib mengadakan pemilihan parti tahun ini.