Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tindakan tegas jika jual minyak sawit melebihi harga maksimum -

Tindakan tegas jika jual minyak sawit melebihi harga maksimum

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, akan mengenakan tindakan tegas kepada para peniaga yang menjual minyak sawit tulen (botol) melebihi harga maksimum bermula hari ini.

Menurut Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah tindakan itu dilaksanakan kerana terdapat segelintir peniaga yang masih meletakkan harga melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kata beliau, antara alasan yang diberikan adalah tidak peka berkaitan harga kawalan yang ditetapkan dan peniaga berkenaan mengambil tindakan segera

Beliau menjelaslan, sepanjang tempoh pemeriksaan yang dilakukan bermula 1 Ogos hingga 7 Ogos lalu, pejabat KPDNHEP Selangor telah  mengeluarkan 21 amaran bertulis dan tiada tindakan kes diambil ketika ini.

“Bagaimanapun pemeriksaan dan pemantauan ulangan akan diambil ke atas premis-premis yang telah diberi amaran dan sekiranya masih berlaku pelanggaran oleh pihak peniaga, tindakan kes akan dikenakan bermula 9 Ogos,” katanya kepada Bernama hari ini.

Tambah beliau, KPDNHEP telah mewartakan kawalan harga maksimum minyak masak sawit tulen pada 28 Julai dan menetapkan harga maksimum bagi minyak masak sawit tulen diperingkat runcit adalah mengikut pembungkusan iaitu Botol 1KG RM6.70, Botol 2KG RM12.70, Botol 3KG RM18.70 dan Botol 5KG RM29.70. – SB