Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada keperluan untuk PRK DUN Melor - SPR -

Tiada keperluan untuk PRK DUN Melor – SPR

PERKARA 46(5) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan menyebut, kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.

Bahaimanapun, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seandainya kekosongan luar jangka itu dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Negeri akan terbubar, mengikut Fasal (3), maka tiada keperluan mengisi kekosongan itu melainkan Speaker secara bertulis memberitahu SPR sebaliknya.

Justeru, kata Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak, berdasarkan undang-undang tersebut, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi mengisi kekosongan luar jangka Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, susulan penyandangnya Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia pada 30 April lepas.

“Sehubungan itu, Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Md Yusnan, 53, meninggal dunia di rumahnya di Melor, Kelantan pada 2.28 pagi akibat serangan jantung.
Beliau memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14. – SB