Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Siti Sarah nak bayar sewa rumah orang miskin, sekolahkan anak yatim - Ebit Lew -

Siti Sarah nak bayar sewa rumah orang miskin, sekolahkan anak yatim – Ebit Lew

PEMERGIAN penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin, 37, bukan sahaja ditangisi keluarga dan rakan selebriti, malah seluruh rakyat Malaysia.

Selepas disahkan meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), satu persatu kebaikan Allahyarhamah mula dikongsikan orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkongsi amal kebaikan yang dibuat Siti Sarah di laman sosial Facebook, ketika menyertai ibadat korban seekor lembu di Gaza, Palestin sempena Aidiladha, Julai lepas.

Beberapa jam kemudian, pendakwah bebas dan dermawan, Ustaz Ebit Lew mengakui penyanyi itu pernah menawarkan diri untuk membantu membayar beberapa rumah sewa golongan miskin dan anak yatim yang diuruskannya.

“Siti Sarah banyak kali tanya pada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan, semoga Allah beri syurga Firdaus padanya.”

Ebit Lew turut menitipkan rasa sedihnya atas pemergian Allahyarhamah menerusi perkongsian beliau di Instagram.

Beliau turut mendoakan agar Shuib bersama anak-anaknya akan bersama Allahyarhamah Siti Sarah di syurga kelak.

“Ya Allah sedihnya rasa, insyaAllah Shuib dan anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.”

Rasa sedih kehilangan isteri kepada pelawak, Shuib itu dikongsi ramai peminat di media sosial dan ramai antara mereka berkongsi gambar kenangan bersama Siti Sarah di Twitter, Instagram dan Facebook mereka sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah- SB