PENYANYI, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Berita pemergian ibu kepada lima anak yang merupakan isteri kepada pelawak Shuib itu itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu. Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.
Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.