Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Perhimpunan pembangkang: Tun M turut diambil keterangan -

Perhimpunan pembangkang: Tun M turut diambil keterangan

BEBERAPA pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad diambil keterangan berhubung penyertaan mereka pada perhimpunan di luar bangunan Parlimen Isnin lalu.

Antara yang dipanggil untuk diambil keterangan ialah ahli Parlimen Jerlun yang juga anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, William Leong (PKR-Selayang), Tan Kok Wai (DAP-Cheras) dan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Setiawangsa).

Tun Dr. Mahathir dan Mukhris diambil keterangan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya petang ini, manakala sesi soal siasat pemimpin lain diadakan ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi pagi tadi.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 16 ahli Parlimen pembangkang telah diambil keterangan oleh pihak polis, termasuk Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Isnin lalu, ahli-ahli Parlimen pembangkang mengadakan satu perhimpunan di Dataran Merdeka sebelum berarak ke bangunan Parlimen beramai-ramai.

Bagaimanapun, perarakan yang cuba untuk memasuki Dewan Rakyat itu tidak berhasil apabila kesemua jalan masuk disekat oleh Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Perhimpunan dan perarakan itu diadakan ekoran daripada penangguhan sidang khas Dewan Rakyat oleh kerajaan kerana penularan COVID-19.

Namun, pembangkang mendakwa ia ditangguhkan kerana ketidaktentuan majoriti yang dimiliki Muhyiddin pada masa ini.