Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 24.5 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat semalam - Dr Adham -

Lebih 24.5 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat semalam – Dr Adham

SEBANYAK 24,542,437 dos vaksin COVID-19 telah diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut perkongsian infografik di Twitter Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,772,101 orang menerima suntikan dos pertama, manakala 8,770,336 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 48.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama,, manakala 26.9 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian juga telah merekodkan sebanyak 389,641 dos diberikan semalam, dengan 156,816 adalah pemberian dos pertama, manakala 232,825 lagi adalah dos kedua.

PICK telah dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.