Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dakwaan ditawar wang, jawatan: SPRM panggil tiga ahli Parlimen DAP -

Dakwaan ditawar wang, jawatan: SPRM panggil tiga ahli Parlimen DAP

Oleh Abu Ubaidillah Rahman

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil tiga ahli Parlimen DAP yang mendakwa ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan supaya mereka menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

SPRM Putrajaya dalam satu kenyataan memberitahu, pihakanya memandang serisu dakwaan itu

“Sehingga kini, SPRM sudah menemui tiga ahli Parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.

“SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli Parlimen berkenaan.

Bagaimanapun, SPRM memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” jelas kenyataan tersebut, hari ini. – SB