Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Selamat tinggal Barcelona - Messi -

Selamat tinggal Barcelona – Messi

by

in

PENYERANG sensasi Lionel Messi terpaksa dilepaskan FC Barcelona ekoran masalah kewangan kelab itu sehingga menyebabkan tiada sebarang perjanjian kontrak baharu.

Perkara tersebut diumumkan Barcelona dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di media sosial rasmi kelab gergasi Sepanyol itu pada awal pagi tadi.

Menurut kenyataan tersebut, FC Barcelona dengan sepenuh hati mengucapkan terima kasih kepada Messi atas sumbangannya terhadap peningkatan kelab dan mengucapkan yang terbaik kepadanya pada masa hadapan,

Kekangan yang dialami kelab ini adalah berpunca daripada peraturan yang ditetapkan La Liga Sepanyol.

Sepanjang bersama Barca, Messi mencatat 672 gol dalam 778 penampilan pada semua pertandingan serta memenangi 31 kejuaraan utama. – SB