Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kata wang UMNO, kenapa Najib dapat? - Zahidi -

[VIDEO] Kata wang UMNO, kenapa Najib dapat? – Zahidi

SEORANG Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO hari ini mempersoalkan kenapa wang sitaan RM114 juta dikembalikan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bukannya UMNO.

Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata sepatutnya wang tersebut dituntut UMNO memandangkan Najib sebelum ini mendakwa ianya milik parti.

Beliau menambah, malah semasa perbicaraan kes tersebut juga Najib mendakwa ia adalah milik parti.

“Ramai pemimpin dalam parti tidak mengetahui berkenaan wang tersebut sudah dipulangkan.

“Kenapa UMNO tidak minta duit itu? Adakah ada perancangan antara Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Najib untuk bahagi-bahagikan duit itu?

“Duit UMNO ini banyak hilang, jual Media Prima berapa jumlahnya? Jual Utusan berapa jumlahnya? Mana duit KUB?” kata beliau seperti dilaporkan portal Agenda Daily.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Besar itu juga mendesak penjelasan berhubung baki wang UMNO tersebut jika ia menjadi milik parti, kerana sehingga kini bahagian-bahagian UMNO hanya menerima sebanyak RM20,000 ribu.

“Bahagian cuma dapat RM20,000, mana yang lain? Kenapa UMNO tidak minta?” soal beliau.

Semalam, Timbalan Pendakwaraya Faten Hadni Khairuddin memberitahu Astro Awani pemulangan semula aset bernilai RM114 juta, yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences pada 17 Mei 2018 telah dilakukan pada 17 Jun lalu.

Menurut Faten Hadni, pemulangan itu dilakukan kerana pihak pendakwaan tidak memohon untuk memfailkan rayuan, selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakiman pada 20 Mei lepas, menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak aset terbabit.