DAN 2.0 bakal jadikan sektor agromakanan lebih mampan

0
245

DALAM usaha untuk menjadikan sektor agromakanan menjadi lebih mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi, kerajaan bakal melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dalam jangka masa terdekat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, ini sekali gus dapat memacu pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan mengutamakan sekuriti dan nutrisi makanan.

Justeru, bagi menjayakan hasrat ini, Muhyiddin menyeru kepada semua  golongan terlibat  terutama anak muda menyokong usaha kerajaan membawa teknologi moden seperti penggunaan Internet of Things (IoT), teknologi pendigitalan, teknologi mekanisasi dan automasi dalam sektor agromakanan di era IR 4.0 ini.

“Ini dapat melonjakkan sektor agro makanan ke satu dimensi yang lebih kompetitif, efektif dan berdaya saing dari permulaan aktiviti sehingga ke peringkat pengedaran agar dapat berkembang dengan lebih pantas dan dalam masa yang sama mampu memberi pulangan yang lumayan kepada saudara dan saudari sebagai golongan sasar,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2021 di sini hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here