[VIDEO] Artikel Sarawak Report satu pembohongan, berniat jahat

0
374

SARAWAK Report terus menjadi alat kepada pihak tertentu untuk melempar fitnah kepada kerajaan apabila melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Rabu hanya lima minit.

Sumber Pejabat Perdana Menteri berkata, artikel Sarawak Report tersebut berniat jahat dan bertujuan memberi gambaran tidak baik mengenai hubungan baik Seri Paduka dengan Perdana Menteri.

“Baginda Tuanku seorang yang bijaksana dan memahami keperluan sebuah kerajaan yang stabil. Mengatakan Baginda Tuanku murka pada Perdana Menteri juga tidak betul, kerana Baginda Tuanku telah memperkenan cadangan Perdana Menteri,’’ kata sumber tersebut.

Sumber itu menjelaskan, Perdana Menteri juga telah menyebutnya semasa mesyuarat Kabinet tentang baginda Tuanku berkenan undi percaya terhadap beliau dibawa ke Parlimen.

“Majlis menghadap berlangsung dalam suasana yang mesra dan berterus terang. Perkara-perkara ini biasanya dicatatkan dalam minit mesyuarat Kabinet yang juga akan dibaca oleh baginda Tuanku. Tak mungkin Perdana Menteri mahu berbohong kepada Kabinet mengenai butiran perbincangan beliau dengan Baginda Tuanku.”

Sumber itu memberitahu, pPenyebaran berita palsu dan pembohongan ini sengaja dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menekan Ahli-Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here